由于我开不到老师send给我们eclass的地理报告,于是莉思send给我 (: 怕有人和我一样开不到,所以post上来。感谢莉思 =) 30.9之前要交上去哦!
Geografi projek 注意事项:
1.封面:
①校址: Sekolah Menengah Tsun Jin
6, Jalan Loke Yew,
55200 Kuala Lumpur.
②标题: Kajian Geografi Tempatan 2009
③题目: Kajian Petempatan Dan Perkembangannya Di Sekitar Jalan Loke Yew,Kuala Lumpur
④基本资料: Nama Murid :_______________
Tingkatan :_______________
Nombor Kelas:_______________
Nama Guru :Koh Poh Gaik
⑤签名:
———————— —————————
(T.Tangan Murid) (T.Tangan Guru)
2. Penghargaan: (可参考课本pg218)
必须感谢以下者:
①Sekolah/pengetua/guru nama pengtua: Chen Ah Swee nama guru: Chong Poh Gaik
②Ibubapa/penjaga 分段书写
③Rakan-rakan
3. Pendahuluan: (可参考课本pg218)
**第一段内容可抄课本**
**第二段内容需有:
1. Namakan kawasan kajian yg dijalankan ( 写题目)
2. Sebab-sebab pemilihan kawasan
3. Tempoh masa kajian dijalankan
4. Objektif Kajian(可参考课本pg218)
第一部分:
**至少5 个目的/标**
① Memerhatikan dan menghuraikan jenis pola petempatan di sekitar Jalan Loke Yew.
②Mengkaji dan menerangkan fungsi petempatan di sekitar Jalan Loke Yew .
③Menjelaskan faktor-faktor yang mempengaruhi perkembangan petempatan di sekitar Jalan Loke Yew.
④Menyenaraikan dan menghuraikan saling kaitan antara fungsi ekonomi dengan pembangunan di sekitar Jalan Loke
Yew.
⑤Mengetahui dan menghuraikan kesan-kesan perkembangan di sekitar Jalan Loke Yew terhadap alam sekitar dan
manusia.
⑥Menyenaraikan masalah-masalah yang dihadapi oleh penghuni-penghuni di sekitar Jalan Loke Yew
⑦Mencadangkan langkah-langkah mengurangkan masalah petempatan di sekitar Jalan Loke Yew
第二部分:
需提到透过此研究,更爱惜自己的居住地区/周遭环境。
5. Peta kawasan kajian:
第一部分:
画地图,地图须有:
① Tajuk ②Arah mata angin ③Kedudukan (待进行研究后再补上即可) ④Simbol ⑤Petunjuk ⑥Bingkai peta
第二部分:
Peta kajian : 请同学上网找Pudu 区的地图(地图需显示陆佑路附近的地区),存档后列印此地图。
**可用google map 找地图网址:maps.google.com.my
Senarai Kandungan
1. Penghargaan
2. Pendahuluan
3. Objektif Kajian
4. Kawasan Kajian
5. Kaedah Kajian
6. Dapatan Kajian
7. Rumusan
8. Lampiran
9. Rujukan
Kawasan Kajian
Kawasan kajian saya ialah kawasan di sekitar Jalan Loke Yew. Saya memilih kawasan ini kerana kedudukannya berhampiran dengan rumah saya. Ini memudahkan saya untuk menjalani soal selidik dan mengumpul maklumat selepas waktu sekolah.
Kawasan di sekitar Jalan Loke Yew merupakan kawasan tanah pamah. Jaraknya dari pusat bandar Kuala Lumpur lebih kurang 2km. Kawasan ini amat berhampiran dengan kawasan Pudu, Perhentian Bas Pudu Raya, Bukit Bintang dan Jalan Petaling. Sistem pengangkutan adalah lengkap di sekitar Jalan Loke Yew, iaitu terdapat Stesen Monorail, LRT dan perhentian bas. Perniagaan merupakan kegiatan ekonomi yang utama di kawasan ini. Banyak kedai dan perumahan terdapat di kawasan ini, seperti flat Loke Yew, Perumahan awam Sri Sarawak dan Kondominium Kenanga Point.
Kaedah Kajian Untuk menyiapkan kajian ini, saya telah menggunakan kaedah-kaedah berikut :
1. Pemerhatian
- Menjalankan pemerhatian terhadap bentuk muka bumi kawasan kajian,
pola petempatan, fungsi petempatan dan jenis kegiatan ekonomi yang dijalankan.
2. Soal Selidik
- Menjalankan soal selidik di sekitar Jalan Loke Yew seramai 20 orang responden.
Dapatan Kajian
Jenis dan Pola Petempatan
Petempatan di sekitar Jalan Loke Yew adalah berfungsi sebagai pusat perniagaan dan pengangkutan. Kawasan ini mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi, ia merupakan jenis petempatan bandar. Pola petempatan yang terdapat di sekitar Jalan Loke Yew adalah pola petempatan berpusat.Kawasan ini terdapat banyak bangunan,kedai-kedai dan perumahan yang dibina dengan rapat-rapat dan berpusat di persimpangan Jalan Loke Yew dan Jalan Kenanga, misalnya flat Loke Yew.
Di samping itu, di sekitar Jalan Loke Yew juga terdapat Stesen monorail dan LRT. Kemudahan pengangkutan yang disediakan telah memudahkan orang ramai yang bekerja di sini dan murid-murid yang belajar di sekitar kawasan ini. Oleh itu, selain daripada kedai-kedai dan perumahan flat, terdapat juga beberapa buah sekolah rendah, sekolah menengah dan klinik awam di sini.
Saya amat bersyukur kerana____________________________________________________________.
Faktor-faktor yang mempengaruhi petempatan
Faktor-faktor yang mempengaruhi petempatan di sekitar Jalan Loke Yew adalalah seperti berikut:
1. Bentuk muka bumi
Bentuk muka bumi di sekitar kawasn Jalan Loke Yew merupakan kawasan tanah pamah di sekitar Lembah Klang, Kuala Lumpur dengan ketinggian antara 50-160 meter dari aras laut. Bentuk muka bumi yang rata membolehkan pelbagai jenis kegiatan ekonomi dijalankan seperti perdagangan, pendidikan serta pembinaan jaringan jalan raya. Keadaan ini membolehkan sekitar Jalan Loke Yew menjadi pusat pengangkutan di antara kawasan Cheras dengan Pudu.
2. Perniagaan
Kawasan di sekitar Jalan Loke Yew adalah sibuk dengan pelbagai kegiatan perniagaan dan perdagangan,terutamanya pemborongan pakaian. Kawasan ini mempunyai banyak deretan kedai pakaian,ia merupakan pusat pemborongan pakaian yang terpenting dan terbesar di Malaysia. Selain itu, kawasan ini juga mempunyai beberapa syarikat kewangan dan bank, seperti Maybank, Bank Simpanan Nasional. Kemudahan ini telah memudahkan urus niaga dan menggalakkan kawasan ini berkembang dengan cepat dan pesat.
Saya amat berbangga kerana____________________________________________________________.
Fungsi Petempatan
Merujuk kepada peta kawasan kajian , kawasan di sekitar Jalan Loke Yew dilengkapi dengan jalan raya, jalan raya bertingkat, Stesen Monorail dan LRT laluan Sentul Timur dan Sri Petaling. Kawasan ini juga berhampiran dengan perhentian bas yang terpenting di Malaysia, iaitu Perhentian Bas Pudu Raya. Selain itu, ia juga berdekatan dengan pusat membeli-belah di sekitar Jalan Bukit Bintang dan Jalan Petaling.
Penduduk di kawasan ini boleh menggunakan kemudahan jalan yang sedia ada untuk sampai ke pusat bandar, Cheras, Pudu, Ampang, Sentul Timur dan Sri Petaling. Fungsi sistem pengangkutan dan perhubungan di sekitar Jalan Loke Yew bukan sahaja memudahkan kegunaan harian penduduk, manakala ia juga menggalakkan perkembangan kegiatan ekonomi perniagaan, perdagangan dan pelancongan di sini.
Masalah Petempatan
Melalui maklumat soal selidik, penduduk-penduduk di sekitar Jalan Loke Yew telah menghadapi beberapa masalah. Di antaranya ialah:
1. Kesesakan lalulintas
Antara masalah yang paling ketara dihadapi oleh penghuni-penghuni di petempatan sekitar Jalan Loke Yew adalah masalah kesesakan lalulintas, terutamanya pada waktu 7.30am hingga 9.00am, dan 4.00pm hingga 7.00pm. Keadaan ini adalah disebabkan oleh waktu persekolahan,penduduk yang pergi dan balik dari pejabat serta urusan perniagaan. Keadaan ini menjadi lebih buruk pada hari hujan lebat.
2. Pencemaran udara dan bunyi
Pencemaran udara dan bunyi juga merupakan salah satu masalah yang serius di kawasan ini kerana Jalan Loke Yew merupakan salah satu jalan yang penting untuk menghubungkan kawasan Cheras dan pusat bandar Kuala Lumpur.Kesibukan jalan raya bukan sahaja menambahkan masalah kesesakan lalulintas di kawasan ini, ia juga membawa masalah pencemaran udara dan bunyi kepada penghuni-penghuni di sini. Kadar pencemaran udara meningkat disebabkan oleh pelepasan asap kenderaan bermotor yang banyak di sekitar Jalan Loke Yew.
3.Lain-lain (如Banjir kilat, masalah keselamatan也可写)
Langkah-langkah mengurangkan masalah petempatan
1. Membina jalan raya bertingkat
Untuk mengurangkan kesesakan lalulintas yang ketara di sekitar Jalan Loke Yew, program pembinaan jalan raya bertingkat sedang dijalani. Kerajaan telah mengambil tindakan membina jalan bertingkat di Persimpangan Ediburg untuk mengurangkan kesesakan lalulintas di Jalan Loke Yew. Bulatan dan lampu isyarat boleh digantikan dengan jejambat atau terowong. Ini dapat memendekkan masa dan melancarkan pergerakan kereta di sekitar Jalan Loke Yew.
2. Meningkatkan perkhidmatan pengangkutan awam
Untuk mengatasi masalah pencemaran udara dan bunyi serta kesesakan jalan raya di sekitar Jalan Loke Yew, kerajaan harus meningkatkan perkhidmatan pengangkutan awam di kawasan ini,misalnya meningkatkan perkhidmatan bas,monorail dan LRT yang disediakan.Penggunaan perkhidmatan pengangkutan awam dapat menjimatkan masa penumpang di samping itu melancarkan pergerakan lalulintas di sekitar Jalan Loke Yew.Oleh itu,orang ramai serta penduduk-penduduk di kawasn ini adalah digalakkan menggunakan perkhidmatan-perkhidmatan awam tersebut supaya dapat mengurangkan masalah pencemaran udara dan bunyi dengan kadar yang lebih tinggi.
Saya amat berbangga kerana__________________________________________________.
Jadual 1:
Masalah yang dihadapi di sekitar Jalan Loke Yew Masalah Jumlah
Keselamatan
Kekurangan infrastruktur
Kesesakan lalulintas
Pencemaran udara
Pencemaran bunyi
Pencemaran sampah sarap
Banjir kilat
Lain-lain
Rumusan
Melalui kajian ini, didapati bahawa kawasan di sekitar Jalan Loke Yew merupakan petempatan bandar yang mempunyai pola petempatan berpusat.Ia berfungsi sebagai salah satu pusat perniagaan dan pengangkutan di kawasan Cheras.Kemudahan kewangan serta sistem pengangkutan yang baik dan lengkap telah mengembangkan petempatan kawasan ini. Faktor-faktor utama yang mempengaruhi petempatan di kawasan ini adalah bentuk muka bumi dan kegiatan perniagaan.
Masalah yang sering dihadapi oleh penduduk-penduduk di kawasan ini ialah pencemaran udara dan bunyi serta kesesakan lalulintas yang disebabkan oleh kesibukan jalan raya dan pelepasan asap kenderaan bermotor yang banyak di sekitar Jalan Loke Yew.
Pihak berkuasa boleh mengambil langkah-langkah seperti membina jalan raya bertingkat dan meningkatkan perkhidmatan pengangkutan awam untuk menyenangkan hati penduduk di sekitar Jalan Loke Yew.
Akhir sekali, saya berharap _____________________________________________________.
Rujukan
1. http://maps.google.com/
2. Chong Mui Sen, Dr.Azizan bin Hj. Abu Samah,2003.
Geografi Tingkatan 2. Malaysia:Percetakan Saufi.
没有评论:
发表评论